23 April 2014
RSS Facebook Twitter  
Formerly Known as  
You need Flash player 6+ and JavaScript enabled to view this video.
Title: Projek Langat 2: Pakatan Main Politik Jahat (0:01:55)


Rosyam Nor Tidak Berhenti Berlakon, Bakal Muncul Dengan Filem Terbaru

  • PDF

alt
 
Setelah dua tahun menyepi daripada dunia hibran tanahair, pelakon yang mendapat jolokan hero malaya, Rosyam Nor akan kembali memeriahkan industri dengan kemunculannya menerusi filem KL Gengster 2.
 
Rosyam Nor atau nama sebenarnya Rosyam Nor Shamsuddin menafikan dakwaan bahawa dia sudah berhenti dari dunia lakonan, malah hanya berehat untuk tempoh masa dua tahun.
 
"Dua tahun saya berehat dari dunia lakonan. Saya tak berhenti berlakon. Saya akan muncul dalam filem KL Gengster 2 yang akan ditayangkan pada 3 Oktober ini.
 
"Selain itu, saya juga akan muncul dalam filem terbitan saya sendiri bertajuk Balistikyang akan menemui peminat pada Januari tahun depan," katanya ketika ditemui pada Majlis Buka Puasa bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Putrajaya baru-baru ini.
 
Balistik merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd selepas enam tahun Rosyam yang juga merupakan seorang penerbit tidak menerbitkan filem.
 
Balistik mendapat kerjasama syarikat produksi Asia Tropical Films (ATF) yang sebelum ini banyak menerbitkan filem dari Hong Kong, filem turut mempertaruhkan Adi Putra dan Rita Rudaini sebagai teraju utamanya.
 
Dalam perkembangan lain,Rosyam turut berkata bahawa beliau masih aktif menerbitkan drama-drama untuk stesyen televisyen di negara ini.
 
"Untuk hari raya yang bakal menjelang ini,saya menerbitkan telemovie khas Setia Hujung Nyawa untuk sambutan hari raya," ujarnya mengakhiri perbualan.
Web Soft
Last Updated on Saturday, 03 August 2013 21:36