03 September 2014
RSS Facebook Twitter  
Formerly Known as  

You need Flash player 6+ and JavaScript enabled to view this video.
Title: "Ini Kenangan Yang Takkan Dilupakan" - Rakan Sekolah (0:02:06)


mbb

Merdeka-Banner

Isu Buddha Sembahyang di Surau : Pemilik Resort Ditahan Polis

  • PDF

alt

 

KOTA TINGGI: Polis menahan pemilik Resort Tanjung Sutera, Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang dikatakan membenarkan surau di pusat peranginannya dijadikan tempat upacara agama Buddha.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pemilik berkenaan di tahan di resortnya jam 2.00 petang tadi.

Pihak polis juga akan mendapatkan perintah reman bagi membolehkan pemilik resort berusia 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 295 kanun keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama golongan lain.

Sabit kesalahan tegasnya boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
 

alt

 

Sementara itu, pemilik resort yang merupakan warga Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap negara ini berkata beliau membenarkan kumpulan berkenaan menggunakan surau namun tidak tahu mereka juga menggunakan peralatan keagamaan.

“Saya tidak berniat menyakiti hati mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi,” katanya yang juga beragama Islam.

 

Web Soft
Last Updated on Tuesday, 13 August 2013 15:05