29 July 2014
RSS Facebook Twitter  
Formerly Known as  
You need Flash player 6+ and JavaScript enabled to view this video.
Title: Duta Palestin Bakal Ikuti Misi Ke Gaza - Azeez Rahim (0:02:39)


Penyenaraian Atlet Sukan Sea Bakal Dimuktamad OCM

  • PDF

alt

KUALA LUMPUR 5 Sept - Penyenaraian kontinjen dan atlet negara ke Sukan SEA- 27 akan dimuktamadkan selepas diputuskan oleh Majlis Olimpik Malaysia (OCM) selewat-lewatnya Oktober ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, kementerian kemudiannya akan menetapkan sasaran pingat berdasarkan senarai atlet yang akan bertanding pada temasya sukan tersebut.

"Kami masih menunggu pengesahan muktamad dari pihak OCM berhubung senarai atlet untuk dihantar bertanding.
"Selepas itu, kita akan buat penilaian dari segi sasaran (pingat). Keputusan mengenai senarai kontinjen kita akan buat pada bulan Oktober," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Menyemarakkan Kejaguhan Atlet Malaysia ke Sukan SEA ke-27 di Pusat Akuatik Bukit Jalil, disini, hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah, Pengarah Umum Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong dan Chef De Mission Kontinjen Malaysia Sukan SEA, Datuk Wira Amiruddin Embi.

Selain itu, Khairy turut menekankan aspek penajaan pada kali ini bakal diberikan untuk menaikkan semangat para atlet yang bertanding pada sukan SEA akan datang.

"Sudah pasti para atlet dan kontinjen kita akan melihat bukan hanya pada sokongan rakyat Malaysia tetapi sokongan daripada penaja-penaja.

"Bila penajaan masuk, para atlet merasa diri mereka telah diberi penghargaan dan juga ada keyakinan daripada syarikat swasta," katanya.

Disamping itu, beliau turut mengalu-alukan syarikat swasta  untuk tampil memberi penajaan kepada para atlet untuk meluaskan nama syarikat.

"Benar kita beri peruntukkan kerajaan tetapi jika kita mendapat penajaan, sekurang-kurangnya penajaan bukan dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk peralatan dan sebagainya, saya rasa akan dapat membantu kontinjen kita.

"Ini merupakan satu penjenamaan yang baik untuk penaja meluaskan lagi nama syarikat untuk menaja kontinjen negara," katanya.

Web Soft