02 September 2014
RSS Facebook Twitter  
Formerly Known as  

You need Flash player 6+ and JavaScript enabled to view this video.
Title: MH17 : Sembilan Jenazah Bakal Tiba Esok (0:02:45)


mbb

Merdeka-Banner

Bajet 2014 : Gambaran Positif Dasar Fiskal Kerajaan

  • PDF

alt

 

KUALA LUMPUR, 22 Okt - Bajet 2014 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai langkah-langkah dasar fiskal kerajaan, yang boleh membawa kepada penarafan positif dan stabil oleh agensi penarafan antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan telah bergerak ke arah yang betul untuk mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini, termasuk memenuhi sasaran defisit fiskal sebanyak tiga peratus pada 2015.

"Jika mengikut langkah-langkah yang telah kita ambil sejak pilihan raya umum lepas, termasuk langkah-langkah awal ke arah rasionalisasi subsidi, kita sebenarnya bergerak ke arah yang betul.

"Dari semasa ke semasa dan berikutan pengumuman bajet serta tindakan susulan melalui pelaksanaan, kita berharap Fitch Ratings akan mengubah pandangan mereka kepada suatu yang lebih stabil," katanya pada perbincangan panel di Simposium Pasaran Modal Dunia di sini.

Beliau menjelaskan, selain daripada menguruskan hutang isi rumah yang semakin meningkat serta mengurangkan lebihan sekarang yang berpotensi membawa kepada defisit akaun semasa.

Katanya, kerajaan telah mengambil kira semua isu yang dibangkitkan berikutan penarafan negatif baru-baru ini oleh Fitch Ratings.

Mengenai rasionalisasi subsidi, Abdul Wahid berkata kerajaan akan meneruskan program ini, tetapi pada kadar yang yang boleh diterima oleh rakyat.

"Kita agak tegas dari segi merasionalisasi subsidi. Tetapi mesti dilakukan secara beransur-ansur dan dari masa ke masa, dengan penjimatan digunakan dengan betul untuk kumpulan sasaran, meningkatkan infrastruktur, serta dalam menangani defisit fiskal negara," kata beliau.

Belanjawan 2014 akan dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen.

Menurut penganalisis dan peserta pasaran, antara langkah-langkah yang mungkin diumumkan dalam bajet kali ini ialah rasionalisasi subsidi, serta kemungkinan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 

 

Web Soft
Last Updated on Wednesday, 23 October 2013 10:55